test

Tuesday 8 May 2018

Europe Special 5 Negara


Kami bawakan Europe special pada satu tarikh sahaja 29 October - 6 November bagi memenuhi permintaan ke kombinasi negara negara yang jarang kami masukkan dalam itinerary seperti Austria dan Czech Republic . Jom Join Trip Special :)

Trip 5 Negara
 [Switzerland – Austria –Liechtenstein - Czech Republic - Germany ]

Tarikh : 29 Oct 2018 – 5 Nov 2018

Berlepas dari KLIA  29 Oct 2018

Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
01
30 Oct 2018
Zurich – Rhinefalls - Lucerne

Zurich Airport
Ketibaan di Zurich . Free and easy di bandar Zurich.

Rhinefalls
Perjalanan diteruskan ke Rhinefalls
Peserta dapat melihat Rhine Falls air terjun terbesar yang terletak di Switzerland . Air terjun ini terbentuk dalam 14 , 000 – 17 , 000 tahun dahulu pada zaman ais batu . Aktiviti menarik di sini adalah peserta boleh menghampiri air terjun dengan menaiki bot.

Perjalanan di teruskan ke Lucerne


Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
02
31 October 2018
Lucerne

Lucerne sangat popular dengan Chapel Bridge , jambatan kayu yang dibarisi lukisan lukisan lama. Di sini juga peserta akan di bawa ke Lion monument . Peserta akan diberi masa untuk bersiar siar di sekitar bandar Lucerne , menaiki bot atau peserta juga boleh memilih untuk naik ke puncak Mount Titlis.

Mount Titlis (cable cars + rotating cable car + train) : Gunung yang bersalji sepanjang tahun.
Bayaran train + cable car : 110 – 130 swiss franc



Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
03
1 November 2018
Lucerne – Liechtenstein

Perjalan diteruskan menuju ke Innsbruck Austria dan berhenti seketika untuk melawat negara Liechtenstein.


Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
04
2 November 2018
Liechtenstein - Innsbruck

Innsbruck
Innsbruck adalah ibu negeri bagi Tyrol , Austria. Innsbruck yang terletak di antara gunung gunung tinggi adalah tempat yang terkenal dengan ‘winter sport’ dan pernah menjadi tuan rumah bagi ‘Winter Olympic’ sebanyak dua kali. Di sini peserta akan di beri masa untuk bersiar siar atau menaiki cable car.

Cable Car : 23 – 28 Euro

Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
05
3 November 2018
Innsbruck – Hallstat – Cesky Krumlov

Hallstatt

Hallstatt adalah sebuah perkampungan kecil di Gmunden , Austria . Hallstatt pada masa lampau (prasejarah ) terkenal dengan pembuatan garam namun kini Hallstatt sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan. Pemandangan seperti tasik dan pergunungan Alps di sini amatlah memukau. Selain menikmati pemandangan yang sangat cantik ini peserta boleh memilih untuk menaiki bot yang menyusur sebahagian dari tasik yang berdekatan dengan perkampungan ini atau cable car juga sering menjadi pilihan pengunjung.

Boat ride : 13 Euro




Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
06
 4 November 2018
Cesky Krumlov - Prague

Cesky Krumlov
Perjalanan diteruskan ke Cesky Krumlov , Czech Republic. Peserta berpeluang melihat keindahan kota lama sambil menikmati pemandangan sungai Vltava atau membeli belah barangan seperti Swarovski Crystal.



Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
07
5 November 2018
Prague - Berlin

Prague

Di Prague peserta berpeluang melihat binaan binaan menarik di kota lama seperti  Charles Bridge , Astronomical Clock dan Tyn church. Di sini peserta boleh dapatkan cenderahati dengan harga berpatutan. Untuk peminat Swarovski jangan lepaskan peluang membeli barangan Swarovski dengan harga yang lebih murah.

Hari
Tarikh
Negara/Tempat lawatan
08
6 November 2018
Berlin - Airport

Berlin

Berlin adalah salah satu destinasi terkenal di Germany , merupakan ibu negara Germany di sini peserta akan di bawa ke Brandenburg gate , bangunan Parlimen dan Berlin Cathedral.

Bersiap sedia ke Airport